Pages

KELEMAHAN

Tuesday, 22 August 2017

1. Sukar untuk menentukan kata kunci pengingat

Antara kelemahan penggunaan peta minda dalam pembelajaran termasuklah menyebabkan pelajar membuang masa untuk menentukan kata kunci. Hal ini kerana, dalam menghasilkan sebuah peta minda, pelajar perlu menentukan kata kunci yang tepat dan padat serta bersesuaian dengan tajuk besar peta minda. Ini menyebabkan pelajar mengambil masa yang lama untuk menentukan kata kunci yang bersesuaian dengan peta minda yang ingin dihasilkan.




2. Sukar untuk difahami pelajar lain



Pada dasarnya, peta minda selalunya dihasilkan mengikut kefahaman pelajar yang tersendiri. Hal ini mungkin menyebabkan pelajar lain sukar untuk memahami semua idea dan konsep yang terkandung di dalam peta minda yang telah dihasilkan.





No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS