1. Meningkatkan pemahaman
Dengan mengggunakan peta minda dalam pembelajaran, pelajar dapat meningkatkan pemahaman berkaitan dengan topik yang ingin dipelajari kerana mereka boleh menggunakan bahasa yang mudah dan tidak susah untuk difahami. Hal ini kerana, peta minda dihasilkan dengan kata-kata kunci ringkas dan padat yang dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam untuk pelajar. Berbeza dengan buku teks, ayat-ayat yang terkandung di dalamnya mungkin terlalu panjang dan rumit untuk difahami.
2. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja
Peta minda dapat memudahkan pelajar untuk belajar kerana pelajar tidak perlu membawa buku teks yang berat dan tebal kehulu kehilir untuk mengulangkaji pelajaran. Sebaliknya, pelajar hanya perlu membawa peta minda yang telah dihasilkan di dalam buku nota, mahupun di sekeping kertas A4 yang diperlukan ke tempat belajar yang disukai.
3. Dapat menjimatkan waktu mengulang kaji
Belajar menggunakan peta minda dapat menjimatkan masa mengulang kaji pelajar kerana bentuknya yang ringkas, mudah dan padat. Hal ini kerana, pelajar tidak perlu menggunakan buku teks yang mempunyai isi kandungan panjang lebar. Sebaliknya, pelajar hanya perlu merujuk peta minda yang telah saya hasilkan untuk mengulang kaji tanpa perlu mencari nota-nota di dalam buku teks.
4. Meningkatkan minat dan kemahuan pelajar untuk belajar
Penggunaan peta minda dalam pembelajaran dapat meningkatkan kemahuan pelajar untuk belajar kerana reka bentuknya yang menarik. Hal ini demikian kerana, pelajar boleh menggunakan warna yang digemari dalam menghasilkan peta minda yang bukan sahaja mampu meningkatkan minat dan kemahuan mereka untuk mengulangkaji, malah dapat membantu mereka mengingati isi-isi penting yang telah dicatat di dalam peta minda berkenaan.
No comments:
Post a Comment